Wednesday, May 4, 2011

cecite...cecite... ~Ku Menunggu 2~

HARI YANG DITUNGGU–TUNGGU sudah tiba. Sejak tadi, semua staff-staff Neraca Holding terjenguk-jenguk pintu utama ofis. Hai! Wajah siapa lagi yang mereka nantikan kalu bukan boss baru aku tu...


Jam dinding sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi tapi mana orangnya tak sampai-sampai lagi. Macam ini mana boleh jadi, boss tak berdisiplin langsung sepatutnya boss kena tunjukkan tauladan. Rungut ku dalam hati.

Sedang aku leka menyiapkan kerja, Wawa dan Yanie menghampiri tempat duduk ku.


“Anna mana arkitek merangkap boss kau tu, dah naik juling kita orang tunggu nie... bayang pun tak nampak nie ” kata Yanie.


Aku merenung Yanie dia ini memang pantang kalu ada staff lelaki baru masuk kerja semuanya dia nak tackle. Kadang-kadang meluat jugak aku tengok gediknya tu. Ops!! Maaf Yanie termengumpat plak kau dalam hati nie hehehe... jangan mare. Tapi dari survey yang aku buat di Neraca Holding ini tak salah aku bukannya dia sorang aje spesis macam dia adalah seramai 4 orang specesis macam dia.

“Entah.. manalah aku tahu Cik Yanie ooi. Kau ini cubalah bawak bersabar sikit gelojoh sangatlah kau nie.. aku taulah kau dah booking nak tackle dia dulu… hahaha..”


“Tautakper..” kata Yanie.


Wawa hanya sekadar tersenyum manis melihat gelagat kami.


“Geram pulak aku, manalah dia ini tak sampai-sampai lagi sekarang pun dah pukul 10.00 pagi. Takan tak jadi masuk kerja hari ini buat penat aje aku kemas bilik dia tu, kalu aku tahu macam ini baik aku kemas esok aje” rungut aku kepada Wawa dan Yanie.


“Akukan kalu dia masuk aku bagi dia penumbuk macam nie.. ” sambil aku membuat aksi tumbukan karate yang pernah aku belajar di sekolah dulu kepada mereka.


Bab! Tiba-tiba aku rasakan tumbukan aku itu terkena sasaran. Perlahan-lahan aku menoleh dan rasa tidak berdarah wajahku rupa-rupanya tumbukan aku tu mengena tepat dilengan arkitek baru tu. Dia memandang dengan wajah kehairanan. Lalu dia terus berlalu masuk ke bilik Encik Muadz. Alamak marah ke dia. Kelam-kabut kami ke tempat masing-masing untuk meneruskan kerja. Belum sempat aku duduk Encik Muadz memberi isyarat supaya aku masuk ke biliknya.


Dengan tenang aku melangkah lesu ke bilik Encik Muadz. Dengan selamba aku duduk disebelah arkitek merangkap boss aku tu. Tapi aku tak berani nak memandang mukanya. Malu siot! Camanalah kejadian tak di ingini ini boleh berlaku. Sebenarnya aku memang tak sengaja betul! Tak tipu.


“Encik Reza Hafez ini dia PA awak Cik Adriana. Sekarang nie awak bawalah Encik Reza Hafez berkenalan dengan staff-staff disini dan tunjukkan bilik dia yang awak dah kemas tu sekali” Encik Muadz perkenalkan aku kepadanya. Aku memberi senyuman plastik kepadanya. Sebenarnya aku masih lagi malu dengan kejadian tadi. Malu! Malu!


Aku menggangguk lalu bangun bersama Encik Reza Hafez menuju ke pintu. Aku perkenalkan seorang demi seorang staff di Neraca Holding nie termasuk akak bancuh air sampailah akak cleaner di ofis ini. Sahaja aku bawa dia pusing-pusing ofis ini, yap! Inilah masanya nak membuli diakan. Bila lagi. Ha..ha..ha.. Meluat dengan gelagat menggoda 4 minah spesis gedik tu cepat-cepat aku membawa Encik Reza Hafez ke biliknya. Padan muka dorang tu terkulat-kulat ada hati konon nak mengorat boss aku ini. Terukir satu senyuman puas dibibirku.


Baru beberapa minit aku meneruskan kerja aku. Interkom dari bilik Encik Reza Hafez kedengaran. Dia mengarahkan aku masuk ke biliknya. Alamak! Aku dah mula tak sedap hati takan pasal kes tadi marahnya masih belum reda lagi kot. Dengan lafaz Bismillah aku masuk ke biliknya dan tanpa dijemput aku terus duduk dikerusi hadapannya. Dia melihat aku dengar ekor matanya. Dan terus merenung aku. Aku tak berani nak balas semula renungan.


Apahal lak mamat nie tengok-tengok aku semacam aje, ek! Asal pulak dia beralih tempat. Dari duduk dikerusinya dia terus bangun dan duduk diatas meja menghadap aku. Rapat betul. Dalam hati aku berdoa janganlah mamat nie buat benda yang tak senonoh. Tapi aku pedulik apa, kalu lebih-lebih taulah aku nak ajar dia macamana. Terpaksalah aku keluarkan skill black belt Karate aku. Dalam hati aku bersyukur sebab ambik ilmu pertahanan diri nie. Rupa-rupanya banyak membantu jugak dalam keadaan terdesak.


“Huh! Sombong betul Cik Putri Adriana nie... ooi cik adik takan tak kenal aku lagi” tetiba dia bersuara. Berkerut dahi aku memandangnya. Siapa pulak mamat nie, setahu aku hanya kawan aku sorang tu aje suka panggil nama penuh aku tu. Halalala!!! Baru ingat Reza Hafez teman karib masa sekolah dulu. Lain betul penampilan dia sejak dah dewasa ini ya.. maklumlah dah hampir 6 tahun kami tak berjumpa.


“Ek! Kau rupanya Fez, macam mana Anna tak boleh kenal tadi. Ya lah dah lama Anna tak jumpa Fez kan... Fez dapat tawaran belajar kat overseas lepas tu mana kita jumpa lagi hahahha…. Eh! Hairan jugak Anna macamana Fez boleh kenal lagi Anna” jawab ku dengan ceria.


“Aksi tumbukan karate dan muka selamba Anna tulah buat Fez cam sangat tu... Anna.. Anna memang tak berubah mulut berdecit dia tu yaa.. ” ketawanya.


“Maaflah pasal tumbukkan tu ya... Anna memang tak sengaja. Lainlah Fez sekarang ini makin hensem dan bergaya, maaflah memang Anna tak perasaan pun tadi memang berubah betul sekarang nie..”


“Memanglah berubah, kitakan makin dewasa takan macam zaman budak sekolah dulu lagi..tapi Anna tu jugak yang tetap tak berubah lagi” katanya.


“Okeylah Fez lepas nie bolehlah kita berbual panjang lagi… Anna pun banyak keje kat luar tu nanti kalau ada masa kita berbual lagi..” kataku minta diri sambil berlalu keluar dari biliknya.


Haila!... tak sangka betul aku rupa-rupanya boss sendiri teman karib masa sekolah dulu. Baguslah macam tu taklah aku malu-malu kucing kalau nak berkerja bersama. Alamak minah busybody nie dah sampai pulak kat sini. Nie tak lainlah mesti nak tau kes aku kena panggil dengan abang arkitek tu... Hmm... mengenakan dorang best jugak nie... dengan gaya pelakon hebat aku membuat air muka seposen macam lepas kena marah. Mesti berjayalah watak aku nie...


“Eh! teruk ker kau kena marah dengan boss kau tu pasal tadi, sabarlah Anna.. kau pun bukan sengaja pun lain kali hati-hati sikit” Hanissa memberi kata-kata semangat.


“Maunya tak teruk kena marah sampai aku nak balas pun tak ada peluang tau... memang singa jadian betullah boss aku tu... geramnya!” dengan intonasi sedih aku menguatkan lagi lakonan aku tu... ketawa aku dalam hati padan muka dorang percaya habislah tu. Sian “Hafez“ tetiba dapat gelaran singa jadian. Maaf ye cik abang. Aku terpaksa buat macam ini kalau tak staff-staff kat sini tau sejarah persahabatan kita habislah kena gossip sepanjang tahun.


“Dahlah Anna... janganlah kau muka seposen kau tu lagi... dahlah tu.. ” dia mengakhiri pujukkannya. Aku hanya mengganggukkan kepala dan meneruskan kerja-kerja aku yang terbekanglai.