Tuesday, May 3, 2011

Cecite..cecite... ~Ku Menunggu 1~

"Adriana... what are you doing down there?” kedengaran satu suara memecahkan gegendang telinga aku…macam suara boss aku aje… Haila! Memang dia pun, apalah yang orang tua nak plak... malunya aku dia nampak ker aku tengah buat aksi berkelah kat bawah meja nie.. dengan tergesa-gesa aku keluar dari bawah meja aku.

Buk! Terdengar satu hantukkan, bunyinya kuatlah juga berserta dengan teriak ala-ala manja aku, control beb depan boss kalu dia tak ada di depan aku maunya aku jerit sekuat hati biar satu ofis terasa gegarnya.

"Ya, boss.. saya tengah mengemas tempat saya nie, dah bersawang bawah meja tu” kata ku sambil mengusap kepala yang berpinar dan sempat jugalah aku menghadiahkannya senyuman plastik.

"Hmm... awak masuk bilik saya sekejap” katanya sambil berlalu kebiliknya.

Dengan muka selamba aku terus membontotinya tanpa menyuruh aku duduk, aku dah melabuhkan punggung aku di kerusi hadapannya.

“Pandai Adriana menyusun dan mengemas barang yek… kemas aje sedap mata memandang” Encik Muadz membuka bicaranya. Kembang hidung aku. Haila.. selama ni dia tak perasaan ker staff dia yang nie memang rajin, cewah!.

“Ok.. Adriana, minggu depan arkitek baru kita akan mula bekerja disini so awak selaku PA nya saya amanatkan awak kemaskan bilik dia, jadi saya tak nak awak sia-siakan bakat yang awak ada tu..” sambil tersenyum-senyum.

Ceh! Menyampess aku padanlah tersenyuman macam menyindir aje lagaknya. Macamlah dah tak ada orang lain yang boleh kemaskan bilik tu. Suruh ajelah Kak Nab tu buatkan aku gerenti bukan saja kemas malah berkilat semua meja dalam bilik tu.Tapi apa boleh buat dah arahan boss takan nak membantah pulak... aku akur ajelah.

“Baik boss, kalu tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya.. boss jangan risau hari ini jugak saya kemaskan bilik dia tu... ok..” selepas mendapat keizian dari Encik Muadz aku pun berlalu keluar dengan muka seoleh-oleh lepas kena marah.

“You ni kenapa?” tanya Wawa.

Sebenarnya aku okey-okey sahaja... saja aku berlakon depan dorang ni buat muka sedih macam baru kena lepas marah. Tergelak aku dalam hati bila tengok muka masing-masing nak tahu apa yang berlaku.

“Apa korang ini, tengok aku semacam aje...jangan risaulah.. Anna okey-okey aje..” berderai jua tawa yang ku tahan tadi.

“Eh! Gelak pulak dia... tadi bukan main lagi buat muka seposen macam pesalah baru dijatuhkan hukuman mati.. betul ker nie tak ada apa-apa jangan nak soroklah masalah tu.. ceritalah dengan kami sekurang-kurangnya hilang juga tension tu...” kata Kak Kamariah ala-ala doktor kaunseling lak.

Alahai untungnya aku dapat sahabat yang prihatin macam nie... eh! ye ker prihatin atau penyibuk sebenarnya. Hehehe

“Tak ada apaper lah kak... Encik Muadz suruh saya kemaskan bilik tu, sebab saya nak dapat boss baru so jangan jelous yeee semua, seorang jejaka lagi...”

“Oh! Ya ker... bertuahlah kau Anna mesti hensem kan” kata Yanie.

“Tu tak pasti plak patik tuan hamba... nanti kita tunggu ajelah harinya, tak taulah boss baru tu hensem atau hampeh...ha..ha..ha....” berderai ketawa mereka semua dengan jawapan yang aku berikan.