Thursday, May 17, 2012

Day 02: Horas... Parapat-Berastagi

Selepas sarapan terus check out dan terus menuju ke jeti. Nak ke Pulau Samosir dan tengok pemandangan Danau Toba dan nak merasa angin tasik kenalah naik feri nie (cam dlm gambo kat bwh nie) bukan saje orang yang naik motorsikal pun dia bwk naik... Cik Coklat agak cuak jugaklah naik feri nie sbb rasa cam senget sebelah jer maklum lah dgn org dan kenderaan naik sekali... takut karam beebb!! dah la tak reti berenang dan pelampung pun tak ada dalam feri tu...

Tapi kita orang semua duduk kat open air sebelah atas feri tu... best tu mmg best la tgk viewnya tapi dalam hati still rasa takuttttt....tapi rasanya selain feri bole juga naik speed boat sbb nmpk jugaklah ada speed boat bwk pelancong nak pergi ke Pulau Samosir tu....

Sampai Pulau Samosir bolelah melihat perkampungan Tomok untuk melawat kubur Raja Sidabutar, rumah tradisional batak dan banyak gerai jual souvenir kat sinie... nasihat dari Cik coklat kalu nak beli souvenir cam key chain ker, T-shirt baik beli kat sinie banyak pilihan dari kat Medan.... kami semua dibawa oleh keturunan Raja Sidabuntar sendiri melawat dan ceritakan sejarah kampung dorang tu...boleh la dia ajar kita orang jugak tulisan batak dan simbol yang digunakan... bole pahama jugaklah... tapikan kat sini semua rumah ada pasang parabola cam kat Malaysia byk atena astro jer...canggih tu pakai parabola siaran satu dunia bole tgk tak ada tapis2 huhuhuhuhuhu...

Selesai melawat Kampung Tomok, Pulau Samosir terus kami menuju ke Berastagi pulak melalui tempat minum teh dan kopi (order air dapat free pisang goreng) di Simarjarunjung. Tempat nie pun sejuk cam Cameron Highland mmg sedap la makan pisang goreng dan melalui juga air terjun Sipiso-Piso. Last nak ambik gambar untuk Tasik Danau Toba ini dari Sipiso-piso lepas nie perjalanan dah tak nampak lagi Danau Toba. Air terjun Sipiso-piso nie boleh tahan tinggi jugak lah, masa kami sampai hari dah rintik2 hujan...

Jangan tak percaya keluar dari Sipiso-piso nak ke Berastagi banjir pulak... hahahah pengalaman tu takut jugak kereta nanti mati enjin sudahhhh....tapi alhamdullilah sampai ke Berastagi dengan selamat jugak. Dalam perjalanan banyak dihiasi gerai-gerai menjual babi dan anjing pangang siap ada code lagi B1-Anjing Pangang dan B2-Babi Pangang...cesssssss tulah bahaya kalu orang tak biasa kat sinie kan kena hati2 bila makan.... 

Kalu dalam perjalanan ke Berastagi tu mmg banyak dapat kita lihat kebun bunga dan sayur cam kat Cameron Highlands... depan rumah pun dorang bole buka nurseri bunga best tu cantik pulak maklumlah tanah kat situkan subur. Menurut tours guide kita org kebun kat sini orang tak berani curi sbbnya ada orang "halus" yang tukang jaga... Ooohhhoooo... kita orang dalam kereta dah pandang sesama sendiri seram jugak kan hahahaha. Dekat Berastagi nie banyak jual buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran mmg fresh tapi kalu nak bawak balik buah salak okey la kot yang lain tak jamin la.... kalu orang nak naik kuda pun bole kat sinie.

Hotel Sinabung**** okey cantik hotelnya... makanan dia pun sedap... banyak makan sayur la duduk sinie... makan jangan tak makan nanti lapar dah la sejukk...grrr..grrr..grrr hotel nie pun tak ada lift....sinannya tapi bersih la....kat Berastagi barulah dengar Azan berkumandang... dan dapat tengok gunung berapi yang baru sebulan kuarkan batu2 kerikilnya takutkan.. tapi tidur kat sinie nyamannn...

Breakfast di Hotel Parapat and check out

Lake Toba dari atas Feri

Lake Toba seperti Bongol Unta

Kg Tomok, Pulau Simosir

ini dia keturunan Raja Sidabutar dan rumah pusaka


Lake Toba dari Air Terjun Sipiso-piso

tea break

Air Terjun Sipiso-piso

banjir... bah


Hotel Sinabung, Berastagi


kolam renang Hotel Sinabung


Lepas breakfast menuju ke Medan pulak destinasi terakhir....Nantikan next entri Berastagi-Medan pulak...

Adiooos!!

No comments:

Post a Comment

Jat da da da