HUBUNGAN aku dengan Hafez bagai air laut yang ada pasang surutnya. Kadangkala dia menjadi pelik dengan sikap dingin Hafez.
“Adriana… masuk ke sini sekejap!” Jerit Hafez lantang dari dalam interkom. Masya-Allah, dia ni.. kalau aku ada sakit jantung dah lama agaknya aku keras kat sini.
Adriana melangkah ke arah bilik Hafez.
“Ya, Encik Hafez?” soal Adriana lembut sambil matanya menebar pandangan ke meja kerja Hafez yang berselerak dengan kertas-kertas pelan pelbagai saiz. Ada yang besar ada yang kecil. Dia langsung tidak arif dengan bidang ini kerana sebelum ini dia berkerja di bank, kalau ditanya tentang voucher, slip bayaran masuk/keluar duit dan slip pembayaran memang dia arif.
Dari tadi mata Adriana sibuk memerhatikan meja kerja Hafez yang menyemakkan mata dan kepala otaknya. Ikutkan hati maunya dia mengemaskan meja Hafez yang berselerak nie.
“Fez perlukan Anna urgently”.
Huh! Urgent? Alamak.. sekarang dah pukul lima petang, aku nak balik.
“Untuk apa?” soal Adriana pantas. Sebenarnya hari ini aku terlalu letih kerana semalam aku tidak boleh tidur dengan lena.
“Fez nak minta tolong taipkan dokumen nie… Fez ada kerja lain nak buat”. Arah Hafez sambil meletakkan kertas setebal 40 muka surat tu di hadapan aku. Dengan mata yang membuntang aku memandang. Mak aaiiiii!!! Tebalnya. Kalu camnie bila aku nak balik nie.
Buat kerja last minutes adalah perkara yang paling aku benci dalam hidup ini. Aku benci!
“Anna tak nak buat!”
“Kenapa?” soal Hafez dengan suara yang tegas dan sedikit tertekan.
“Anna…”
Ah! Susahnya aku nak cerita dekat dia ni yang aku benci kalau kerja last minutes camni…
“Anna apa? Bagi Fez alasan kenapa Anna tak nak buat?” soal Hafez dengan nada suara yang tinggi.
“Tapi…” belum sempat Adriana nak menjawab terus Hafez memotong.. “Habis tu Fez nak suruh siapa” Takan nak suruh kak Kiah pulak yang taipkan. Anna kan PA Fez… dan Fez arahkan Anna buat sekarang!” jerit hafez lantang.
Benci! Aku benci dia ni! Taulah panas pasal kejadian malam tu, sekarang ini aku pulak jadi mangsa melepaskan geramnya pada aku.
Dalam keadaan yang geram dan marah, dia terus mencapai dokumen itu. Dia menuju ke arah meja komputer yang agak luas dan terletak di sudut kanan bililk kerja Hafez. Walaupun tidak suka, dalam masa beberapa jam ini dia terpaksa duduk sebilik dengan Hafez yang tidak mengendahkan dirinya kerana lelaki itu amat sibuk dengan kerjanya.
ADRIANA membelek dokumen tersebut tanpa perasaan.
Aduh! Letihnya badan… mata aku pun dah sakit nak mengadap komputer nie belum lagi nak start menaip... macamana pulak format dokumen nie aku tak tau!
Dia menoleh ke arah Hafez yang kelihatan begitu serius melakukan kerjanya.
Kalau aku tanya sekarang ini dah gerenti dia telan aku hidup-hidup. Hmmm, nak tak nak tanya jugaklah.
“Hafez.. macam mana format untuk taip dokumen nie?” Pinta Adriana di sebelah meja. Matanya memerhatikan Hafez ke arahnya.
“Kalau nak taip dokumen tu formatnya ada dalam folder dokumen… Anna cuma perlu taip saja yang lain tak payah usik…” Terang Hafez tegas.
“Apa pasal tak ajar dari tadi? Tak adalah Anna susah-susah fikir macam orang bodoh.” Balas Adriana geram.
“Oh, itu sebagai ujian Fez untuk Anna.”
Huh! Ujian kepala otak kau!
Marahnya pada Hafez masih berapi. Kesabaran yang cuba dipertahankan semakin menipis, tetapi apabila mengenangkan yang Reza Hafez adalah bosnya dan dia sebagai pekerja kenalah patuh.
“Dah buat cepat, selagi tak siap, Anna jangan balik. Fez bagi Anna masa sebelum subuh untuk siapkan benda ini dan make sure document itu siap hari ini.”
Tanpa mempedulikan wajah Adriana yang lesu dan masam, dia terus berpaling semula ke mejanya. Merangka agenda seterusnya untuk mengenakan Adriana. Biar seri! Hari itu Adriana cuba melarikan diri darinya dan tak layannya untuk berbaik. Jadi apa salahnya hari ini dia memberi tugasan untuk Adriana menyiapkannya.
Tanpa sedar, kali ini pantas pula tangan Adriana menaip dokumen tadi.
“Macam-macamlah dia ni.. ingat aku ni robot agaknya nak kena kerja sampai esok pagi. Kalau aku pengsan, siapa nak angkat?” Bisik Adriana perlahan lebih kepada bercakap kepada dirinya sendiri.
“Kalau Anna pengsan, Fez hantar pergi hospital”. Balas Hafez perlahan. “Dan Fez sendiri yang akan jaga Anna”.
Dengar pulak dia ni, aku ingat dia pekak!
Adriana terjaga apabila terasa tengkuknya agak sakit.Ya Allah aku tidur dekat sini ke? Aku tidur dalam pejabat Hafez mampuslah aku kena marah dengan dia ni sebab tak siap menaip lagi dokumen tu.
Dia bertambah terkejut apabila melihat Hafez sedang duduk dihadapannya sambil menyudahkan kerja-kerja yang ditinggalkannya sebelum tertidur tadi.
“Maaf, Anna tertidur”. Ucap Adriana serba salah.
“Hmm…” balas Hafez tanpa memandang Adriana yang serba salah di hadapannya.
Adriana memerhatikan Hafez yang menggantikan dirinya menaip.
“Maafkan Anna…” ucap Adriana sekali lagi.
“It’s okey… tak sampai hati Fez nak kejutkan Anna. Sementara tunggu Anna bangun, Fez tolong taipkan apa yang patut” ucap Hafez perlahan.
Sebenarnya dia amat terpesona memandang wajah Adriana yang terlena. Boleh dikatakan sepanjang malam dia begitu leka memerhatikan gadis itu tidur. Jangan ditanya mengapa kerana dia tidak punya jawapan. Berulang kali dia tertanya pada dirinya namun masih tetap tidak menemui jawapannya.
“Fez pergilah berehat, biar Anna siapkan kerja ni”.
“Tak apa… Hmm Fez tolong. Lagipun dokumen ini kena hantar hari khamis dan kalau tak sempat boleh hantar kat department admin siapkan”
Khamis! Hari ini baru hari Selasa, masih ada banyak masa lagi tetapi kenapa suka sangat nak mendera aku? Menyampahnya! Aku mengerling jam ditangan sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Alamak dah larut malam ini. Balik nanti nak naik apa nie... keluh ku dalam hati. Nie kena call abah suruh ambik nie.
“Jangan risau tadi Fez dah call abah Anna dan bagi tahu yang Anna kena balik lewat hari ni nak siapkan kerja. Mari Fez hantar Anna balik. Dah lewat malam ini nanti risau pulak orang tua Anna di rumah tu”.
Huh! Dia dah rancang semuanya ya... menyampah!
“Okey” hanya itu yang mampu dia ucapkan sebab badannya terlalu letih.
No comments:
Post a Comment
Jat da da da