SUDAH 5 BULAN Reza Hafez berkerja disini, cepat betul masa berlalu. Dia memang tetap tak berubah mesra seperti dulu. Didepan teman-teman pejabat aku bercakap gunakan panggilan formal tapi bila berdua aje dengan dia aku lebih senang memanggil nama mesranya seperti masa sekolah dulu, letihlah nak kena berlakon ni kalu tak buat macam tu nanti tak pasal-pasal glamour kena gosip pulak. Sedang aku leka menyiapkan kerja, interkom dari Hafez memanggil aku.
“Anna, masuk sebentar...”
“Yap! Fez ada apa?” kataku. Tulah panggilan mesra aku padanya sambil memberi senyuman manis.
“Kau sibuk tak hujung minggu nie…” katanya dengan muka berharap.
“Tak ada buat apa-apa pun... kenapa” balasku.
“Kalau tak sibuk Fez nak ajak Anna keluar jalan-jalan kat KL, jomlah jadi pemandu pelancong dah lama Fez tak jalan-jalan dengan Anna. Sejak balik dari overseas ni tak sempat lagi nak jalan-jalan kat KL, Fez pun dah lupa jalan kat KL nie.. camana boleh tak?...” alahai manisnya dia.
Ooo... dia nak ajak aku keluar. Best jugak test dia nie macamana skill daya pujukan dia pada perempuan. Siap kau. Sahaja aje aku nak buat tarik-tali pasal offer dia tu. Alah kalau nak keluar dengan dia tak ada masalahnya. Jom kita tengok reaksi dia camana. Hi hi hi…
“Hmmm, dari Ana keluar dengan Fez baik duduk rumah tidur lagi best… penatlah nak jalan-jalan tu, dahlah hari ahad hari untuk kita berehat-rehat” balasku selamba.
“Tulah keje asyik tidur ajeee… alah bolehlah temankan Fez keluar dah lama Fez tak tengok Bandaraya Kuala Lumpur yang lama ditinggalkan nie… pleaseeeee!” wah-wah suara dalam nada merayu. Sayu ke hati aku? tak pun… tapi kesian tu adalah.
“Okey-okey, Fez punya pasal Anna accept. Tapi ada satu syarat kena telefon abah Anna dulu minta izin dia nak bawa anak dara dia ni keluar..hi hi hi” kataku.
“Tu no hal, no problem. Ingat syarat apa tadi? Fez dengan abah Anna kan kamceng mesti dia kasi punya. Nanti nak tunggu kat mana atau nak Fez ambik kat rumah aje.. ” soalnya.
“Tak payahlah susah-susah tunggu aje kat Sinar Kota, tapi kalau lambat seminit Anna tinggalkan jeee” kataku bergurau. “Okey…thanks Anna”. Satu senyuman yang manis dihadiahkan untuk aku, semanis Peach Cobler. Aiii... bagaikan nak luluh jantung aku.
HARI AHAD dah tiba. Aku menyiapkan diri untuk keluar bersama Hafez. Hanya berpakaian ringkas saja. Aku menyarungkan kemeja putih dan dipadankan dengan jeans kemudian aku mencapai tudung yang sudah siap digosok lalu aku sarungkan kepala aku. Memperkemaskan lilitan tudung dikepala. Selepas aku pastikan penampilan aku kemas dan menarik dengan sepantasnya aku menutup pintu bilik dan bersalaman dengan kedua ibubapa ku untuk keluar.
Turun sahaja dari LRT. Aku menapak menghampiri Hafez yang sedang menunggu aku. Dari jauh aku memerhatikan dia menyandarkan badannya di tiang lampu. Hai! hensem jugak dia nie rupanya macam manalah aku tak perasan selama nie. “Sorrylah Anna lambat sikit, Anna tertidur tadi jangan marah... nanti lekas tua tau..” kata ku meminta maaf.
“Tulah dah nak naik patah kaki Fez tunggu tau, nasib baik tiang lampu nie kuat. Fez ingatkan dah lupa pasal date ini, dah jom jangan buang masa lagi. Nak bawak pegi mana dulu ni..” katanya.
“Anna fikir baik bawak Fez pergi Pasar Seni dulu sebab kat situ tempat kita suka lepak masa sekolah dan banyak kenang kenangan dulu-dulu disitu” cadangku. Dia hanya menggangukkan kepala tanda setuju. Dari satu tempat ke satu tempat kami jelajah dari Pasar Seni hinggalah ke Sogo.
Dah lama aku tak keluar dengan dia, sesekali keluar dengan kawan karib aku ini terasa keseronakkannya juga. Tambah-tambah mengimbaskan kembali alam persekolahan.Kami tidak henti-henti ketawa bila terkenang balik kenangan-kenangan alam persekolahan, seronok sangat rasa macam nak pusing je masa masuk ke zaman tu balik. Alamak! Perut aku pun dah bagi signal minta untuk diisi. Hafez nie pun satu dari tadi asyik jalan aje tak nak ker offer aku makan. Letih tau jadi pemandu pelancong dia. Ini tak boleh jadi kena bersuara jugak ini.
“Kita nie jalan-jalan jee ker?. Anna dah lapar ni, nanti perut kena gastrik, kalau Anna pengsan kat sini padan muka Fez kena angkat pergi hospital ”aku bersuara.
“Ooo! Ada orang dah lapar rupanya, kenapa tak bagi tau siang-siang. Sorrylah terlupa sebab hari ini Anna manis sangat...”. Huh! Malas aku nak layan nak tutup kesalahan lah tu.
“Jomlah! kita masuk Secret Recipe tu...”
Aku tersentak apabila tangan aku ditarik Hafez. Aku pandang wajah Hafez tidak puas hati. Dia sengih apabila mata kami bertaut. Aku memberi amaran dengan pandangan mata aku. Dia tergelak kecil sebelum melepaskan tangannya.
“Memang garang” dia bersuara dihujung gelak halusnya. Mengada. Aku mendengus. Membiarkan dirinya mendahului langkah aku.
Di Secret Recipe tempat pilihan kami mengisi perut yang dah lama kebulur. Setelah memberi pesanan kepada pelayan dan menunggu makanan kami sampai, kami berbual. Bualan kami petang ini tidak seperti bualan seperti di ofis. Petang ini entah kenapa aku rasakan semakin rapat dan semakin aku kenal hati Hafez. Dia ternyata orang yang terbuka. Bercerita dan memberi pendapat. Bertekak sudah mula pandai. Jika dulu, kami tak pernah ambil tahu hal masing-masing. Kami dikejutkan dengan satu teguran, tapi aku macam kenal aje suara tu. “Hai! Hafez lama tak jumpa” rupanya suara Reen bekas kekasih Hafez.
“Reen dari mana ini?” soal Hafez terkejut. Aku rasa Hafez pun tidak mengjangka akan bertemu bekas kekasih hatinya di sini.
“Shopping, kenapa Hafez tak bagi tahu Reen dah balik dari overseas, I miss you dear? Cis! Meluatnya aku dengan suara mengada dan manjanya. Aku rasa macam nak muntahlah.
“Hai! Anna pun ada sini juga, sorry tak perasaan pun awak ada dekat sini. Patutlah lupa dekat Reen rupanya Cik Anna ini ada temankan? rengek Reen.
Perempuan ini memang tak tahu malu betul orang tak jemput pun terus aje duduk disebelah Hafez. Kalau aku tak pikir ini tempat public dan demi tak nak menjatuhkan maruah sendiri maunya aku dah gayang perempuan ini. Sabar Anna..Sabar.. Aku rasa baik aku angkat kaki ajelah dan biarkan mereka berdua melempiaskan rindu. Tapi macam mana pulak kan.. ini yang malas nak pikir nie. YA ALLAH tolonglah hambamu ini keluar dari sini. Aku berdoa.
“Huh..” terdengar Hafez mengeluh perlahan.
Namun entah bagaimana aku seakan terpanggil untuk memandang Hafez setelah terdengar keluhan kecil itu. Kenapa pulak mamat ini takan tak suka jumpa awek lama dia itu. Mesti banyak perkara yang mereka nak bualkan. Dan nah, ketika aku terpandang wajah Hafez dia lebih dahulu menyambut pandangan mata aku. Cepat-cepat aku tundukkan wajah. Segan. Alahai! Macam manalah aku nak buat ini. Cepat-cepat aku mengalihkan mata aku ke tempat lain dan tiba-tiba aku dah jumpa mangsa aku yang boleh diminta pertolongan. Dengan pantas tangan aku melambai Kak Kamariah, dia menghampiri aku dan sempat juga dia menjeling Hafez disitu. Dia hanya tersenyum melihat kami.
“Kak Kamariah shopping sorang aje ker” tanyaku dengan mesra.
“Ya lah, ada ke nampak akak ini bawa teman” balasnya tersenyum-senyum.
“Kalau macam itu jomlah Anna temankan akak shopping mesti akak boring shopping sorangkan..jomlah kakak kita pergi sekarang” aku mengenyetkan mata kepada Kak Kamariah semoga difaham aku nak lepaskan diri dari mereka berdua tu.
“Anna, siapa nak makan makanan yang dah order tu..” Hafez bersuara perlahan.
“Reen kan ada..” pantas aku melangkah mengiringi Kak Kamariah keluar. Fuh! Lega aku rasa dapat keluar dari semua ini.
Aku senyum melihat gelagat Hafez, herm tak sepatutnya aku begini, kenapa harus berkecil hati dan rasa serba-salah bukankah sudah aku jangka ianya akan berlaku juga suatu hari nanti. Aku perasaan Hafez memberi renungan tajam kepada ku. Dari renungannya itu dia seolah-olah meminta aku berada disitu dan jangan membiarkan dia berdua bersama Reen. Tapi aku pedulik apa.
Wah! Letih jugak aku melayan Kak Kamariah bershopping ini. Memang hebat betul dia bershopping lepas satu kedai ke satu kedai lagi tak henti-henti. Walau apa pun aku berasa lega sangat terlepas dari situasi tadi. Akhirnya kami sempat melepaskan lelah di sebuah tempat duduk. Sambil melabuhkan pandangan mata ke arah sungai Kelang-Gombak yang mengalir lesu.
“Anna akak nak tanya sikit boleh? Tapi akak tak naklah paksa Anna cerita kalu Anna tak nak. Cuma akak nak tahu apa hubungan Anna dengan Encik Hafez tu..” kata Kak Kamariah.
Satu keluhan kecil keluar dari mulutku. Nak tak nak terpaksa jugalah aku terangkan kepada Kak Kamariah supaya tak menyemakkan lagi otak aku ini.
“Anna paham kak, tak apalah Anna ceritakan..tapi akak janji dulu dengan Anna akak takan cerita peristiwa malam ini pada siapa-siapa pun” kataku minta kepastian.
"Yup.. akak janji..simpan rahsia Anna.." Kak Kamariah mengangkat tangannya separas bahu.
“Anna dah lama berkawan dengan Hafez tu. Kami ini kawan karib sejak di bangku sekolah lagi. Perempuan yang Kak Kamariah nampak tadi tu Reen bekas awek Hafez. Anna dengan Hafez tak ada apa-apa hubungan istimewa pun cuma seorang kawan sahaja.” Jelasku.
“Tapi akak tengok dari renungan mata dia melihat Anna dia mengharapkan lebih dari itu. Akak rasa Encik Hafez tu dah jatuh cinta pada Anna.. ” katanya.
“Tahlah kak itu Anna tak pasti dan tak tau pulak perasaan dia terhadap Anna. Tapi Anna memang tak ada apa-apa perasaan pun dengan dia” aku mematikan cerita. Setelah bersalaman aku dan Kak Kamariah berpisah untuk pulang kerumah masing-masing.
SEMINGGU sudah kejadian itu berlalu. Aku sudah bijak mengelak setiap kali Hafez ingin kepastian aku tentang kejadian malam itu. Malas aku nak ingat pasal malam itu. Dan mula hari itu persahabatan kami dingin sekali. Aku dikejutkan interkom darinya.
“Anna masuk sekejap..” arahnya. Aik!! Sejak bila pulak dia ni paggil aku Anna aje. Selalu kalau dalam ofis panggil nama penuh aku Adriana. Lekas aku bangun nak masuk ke biliknya tanpa memandang dirinya didepan ku. Tapi aku dapat rasakan yang dia seperti hendak bertanya tentang kejadian itu. Aku diam hanya menunggu apa yang dia hendak.
“Anna..Fez nak tanya kenapa malam tu tinggalkan Fez, tak patut Anna tinggalkan Fez macam itu. Please explain it Anna.” luahnya.
“Salah ke Anna buat camana tu? Dahlah Fez, Anna tak nak bertengkar lagi tambah pasal Fez dengan Reen. Sekarang nie kita kat pejabat kita citer pasal kerja ajelah, okey Anna tak nak bincang pasal peribadi kita kat sini. Kalau tak ada apa-apa Anna keluar dulu” malas aku nak layan dan aku biarkan Hafez termangu disitu.
Geramnya aku. Ini semua pasal Reen tulah dah aku keluar dengan muka seposen tu lagi. Bad mood. Baru saja nak duduk Wawa memanggil aku ada call untuk aku katanya. Apabila telefon dijawab kedegaran suara kepunyaan Reen. Mimpi apa pulak dia call aku pagi-pagi ini. Dah lah baru lepas bergaduh dengan Hafez.
“Hello... Anna. Reen ini”
“Hmm... mimpi apa call aku..”
“Nak minta tolong sikit kat kau.. Boleh tak kita lunch sama hari ini. Aku belanja… Hal ini penting sangat sebab tulah aku cari kau…bolehkan kita jumpa di CafĂ© On The Tenth, jangan tak datang aku berharap sangat nie…”
“Okey...” ringkas saja aku menjawab.
Dari jauh lagi Reen melambai ke arah aku. Aku terus duduk berhadapan dengannya.
“Hai! Reen” sapaku.
“Hai! Anna terima kasihlah sebab kau sudi luangkan masa untuk aku” katanya.
“Hah! Perkara apa yang penting sangat kau nak jumpa aku ni..” meluat pulak aku tengok muka dia tu.
“Nie pasal Hafez. Aku nak mintak tolong kat kau ni. Aku tahu kau saja yang dapat menolong aku dalam hal ini” Reen membuka bicara.
“Tolong? Tolong apa… cuba kau berterus-terang ajelah tak payah nak panjangkan cerita” kataku.
“Boleh tak kau tolong sampaikan kepada Hafez yang aku masih lagi menyintainya dan cinta aku padanya tak pernah padam” kata Reen dalam nada tersekat-sekat menahan tangisan.
“Kau dah gila ker kau kan dah bertunang dan bulan depan kau akan berkahwin. Aku tak berani nak cakap macam tu dengan dia kalau kau nak kau bagi tahulah dia sendiri…” kataku dengan tegas.
“Perkahwinan aku ini pilihan keluarga bukannya kehendak aku. Aku tahu kau saja kawan paling rapat dengan dia. Aku tahu hanya cakap kau saja yang dia boleh dengar... tolonglah Anna sampaikan pesanan aku tu…tolonglah Anna” katanya merayu.
“Dah! Aku katakan aku tak nak… keputusan aku muktamad” kataku tegas.
“Tolonglah…aku masih cintakan dia..” Reen masih lagi merayu.
“Kalau kau cintakan dia kenapa kau terima lamaran tu dan tinggalkan Hafez macam tu saja” kataku.
“Kan aku dah terangkan Anna, pertunangan aku itu atas pilihan keluarga aku bukannya kehendak aku… tolonglah beritahu Hafez” Rayunya lagi.
“Kau ingat aku nie apa… nak jadi orang tengah antara kau orang berdua… aku minta maaflah Reen aku tak dapat tolong kau pasal perkara nie..” kataku terus beredar dari situ.
Semenjak kebelakangan ini hubungan aku dan Hafez semakin dingin. Saja aku nak menjauhi diri dari dia tambah-tambah lagi lepas kejadian aku berjumpa dengan Reen semalam. Dari jauh lagi Encik Muadz melambai memberi isyarat masuk ke biliknya. Apabila aku masuk ke bilik Encik Muadz, sempat jugaklah aku jeling Hafez dengan ekor mataku. Dapat aku rasakan renungan tajam matanya padaku. Tapi pedulik apa aku.
“Anna tolong buatkan satu salinan draft ini” pinta Encik Muadz. Aku menyambut draft tersebut. Ketika itu sempat lagi Encik Muadz memandang aku dan Hafez dan dia tersenyum.
“Bunga kalu kita tanam kita kena jaga dia elok-elok… betul tak Anna” katanya sambil memandang kami berdua. Terkejut aku dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya itu. Tapi sempat lagi aku control perasaan aku ketika itu. Aku cuma mengiakan saja dan terus berlalu. Terdetik jugak dalam hati aku macam tau-tau aje orang tua ini kami tengah perang dingin. Takan si Hafez tu cerita dekat dia pulak. Hmmm... Aku masuk semula ke bilik Encik Muadz dan aku dapati Hafez sudah hilang dari bilik itu. Lega hatiku.
No comments:
Post a Comment
Jat da da da