Sunday, May 8, 2011

cecite...cecite...~Ku Menunggu 5~

DARI SEBALIK pintu masuk pejabat, dia nampak seorang budak lelaki sedang memegang jambangan bunga.

“Cari siapa?”.

“Ada bunga untuk Cik Adriana”.

Untuk aku?

“Ada special occasion ke, Anna?”. Soal Aznan tertanya-tanya.

Anna sekadar menjugkitkan bahu. Tidak terlintas langsung apa yang mahu diraikan oleh si pemberi bunga tersebut. Gubahan bunga itu turut mendapat perhatian daripada teman-teman lain. Adriana mengambil sekeping kad kecil yang terselit elok di celah-celah bunga tersebut. Di buka kad tersebut lalu dibacanya.

Anna yang manis...

Maaf diatas peristiwa semalam.. :)

From : Sayang... Reza Hafez

Dia rupanya, tahu takut aku letak surat resign.. kira ini kes nak memujuk aku la nie..siap hantar jambangan bunga nak minta maaf. Geli hati. Tapi dia tak ada pulak di pejabat hari ini pergi mesyuarat di Majlis Perbandaraan Shah Alam. Dia balik nanti aku nak ucapkan terima kasih.

Adriana tersenyum sendiri sebaik membaca bait-bait terakhir ucapan di dalam kad tersebut.

“Wah… senyum lebar nampaknya member kita. Sah dari Encik Reza Hafez tu” usik Aznan.

Adriana tidak sempat membalas kata-kata Aznan apabila telefon bimbitnya berdering. Nama Hafez tertera pada skrin. Adriana menjawab panggilan tersebut.

“Hello, sayang! Dah terima bunga Fez?” tanya Hafez dengan suara romantiknya.

“Dah! Anna baru saja terima, Thanks! It’s so beautiful” ucap Adriana tersenyum.

“Malam ni kita keluar dinner okey... Fez dah minta izin dengan abah Anna. Jangan nak lari lagi Fez dah tak larat nak main kejar-kejar lagi tau. Malam nanti Fez datang jemput Anna dirumah. Ada sesuatu untuk Anna”

“Okey, Anna tunggu Fez” Adriana terus memberikan persetujuannya. Aku berbual seketika sebelum dia kembali menyambung tugasnya.

Tepat jam 7.30 malam, kereta Hafez sudah terpakir di hadapan rumah Adriana. Hafez menyambut Adriana dengan senyuman manis dibibir. Didalam hati, Adriana tertanya-tanya tempat dan juga surprise yang dijanjikan oleh Hafez. Bila ditanya, hanya senyuman Hafez membawa jadi jawapan.

Adriana akhirnya mambiarkan sahaja Hafez membawanya ke tempat yang ingin dituju. Malam itu makan malam kami, di Hotel Equatorial. Hafez telah menempah meja dan makanan yang terhidang memenuhi citarasa aku. Sepanjang makan malam, kami tidak banyak berbual. Namun hati aku sedikit tergerak untuk bertanya kenapa Hafez malam ini. Tiba-tiba sahaja mengajak aku makan malam ditempat seperti ini. Tapi aku tahankan juga persoalan aku dan lebih rela menikmati saat sebegini. Berdua bersama Hafez disimbahi cahaya malap dan ditemani lagu yang beralun lembut.

“Kenapa semenjak akhir-akhir nie, Fez tengok Anna macam nak larikan diri dari Fez aje..” perlahan sahaja dia bersuara.

“Mana ada Anna lari biasa aje, siapalah yang nak larikan diri” balas ku.

“Jangan nak berbohonglah….Fez tau mesti ada sesuatu yang Anna nak sembunyikan. Baik Anna ceritakan dekat Fez kalau tak Fez akan buat sesuatu” paksanya.

Huh... dia ingat aku ini apa nak ugut-ugut aku. Dia ingat aku takut ker dengan dia. Cubalah kalau berani... taulah aku nak ajar macamana.

“Eh! suka hati Anna lah nak bagi tau ker tak. Apa Fez nak buat kalu Anna tak nak cerita…jangan cuba nak ugut Anna lah” kataku gementar. Panik jugak aku kalu dia buat sesuatu yang tak senonoh macam mana pulak aku nak larikan diri nanti.

Aku terkejut dia memaut jariku. Jari kami bertautan. Sesak nafas aku apabila terasa jemarinya yang ketat menyulami jemari aku. Berusaha aku meleraikan pegangannya begitu juga wajahnya dah hampir pada pipi aku. Dalam hati hanya ALLAH saja yang tau paniknya aku. Hish, dia ini memang dah gila!

“So... sekarang macamana masih tak nak ceritakan lagi. Fez bilang sampai tiga kalu Anna tak nak bagi tau jugak…Fez akan buat lebih dari ini..” dengan senyuman nakalnya.

Dengan pantas aku menjawab. “Okey-okey Anna citerkan, tapi dengan syarat tolong duduk jauh sikit. Anna tak selesa lah” pinta ku.

Barulah dia merenggangkan sedikit badannya padaku dan menjauhkan mukanya tetapi jari-jari ku masih kemas bertaut dengan jarinya seperti tidak mahu dilepaskan. Aku menarik nafas lega dan memulakan cerita.

“Lepas kejadian kita jumpa Reen malam itu, Reen ada call Anna. Dia mintak sangat nak jumpa Anna..mula-mula Anna malas nak layan tapi dia terus memujuk supaya keluar jugak dengan dia. Dia nak mintak Anna jadi orang tengah untuk menyambung balik hubungan dia yang terputus dengan Fez…tapi Anna tak nak. Anna suruh Reen sendiri yang bagi tahu isi hati dia kepada Fez.. sebab Anna tak nak masuk campur urusan korang berdua…” ceritaku panjang lebar.

“Hmm, tulah kisahnya… sebenarnya Reen dengan Fez dah tak ada apa-apa..we over. Lagi pun dia yang tinggal Fez dan memilih untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya..” Hafez bersuara tenang.

“Terima kasih untuk makan malam ni..” sahaja aku nak mengalihkan topik perbualan.

“Terima kasih saja?”

“Yalah… Oh jadi, Fez buat semua ini sebab mahukan balasan daripada Anna, lah ya?” Adriana menjeling Hafez didepannya.

“Of course! Anna ingat, Fez saja-saja buat semua tu ke?” balas Fez bernada usikan.

“Jadi?.. Apa yang Fez nak?”

Hafez senyum. “Banyak yang Fez nak..” hei lain macam je bunyinye. Pantas dia mencapai tangan aku. Aku terkejut dengan tindakkan Hafez. “Maafkan Fez sebab sia-siakan persahabatan kita…sepatutnya Fez pilih Anna dulu... ”

Dia merapatkan jemari aku kebibirnya. Sekeras-kerasnya aku cuba menarik jemari aku dalam pegangannya tapi makin aku tarik makin erat digenggam Hafez. Akhirnya aku membiarkan dia, aku tak mahu pergerakkan tarik menarik kami akan menyebabkan pengunjung disini melihat gelagat kami.

“Bagi Fez peluang Anna..” suara Hafez penuh harapan. “Dan bagi diri Anna peluang juga..” tangan Hafez kini mengengam erat jari aku.

Bagi diri aku peluang? Aku bertanya dalam hati. Ya kenapa selama ini aku tidak pernah memberi peluang pada diri aku sendiri. Aku pegang tangan Hafez yang sedang memegang jari-jari aku. Aku lemparkan senyuman kepadanya. Aku rasa aku perlu berubah.. aku rasa aku yang perlu merebut peluang dan kini... dengan izin Allah.

“Anna bagi Fez peluang... untuk yakinkan Anna soal cinta dan Anna harap Fez dapat bagi Anna peluang untuk terus terima Fez..” aku bersuara perlahan. Aku tundukkan wajah aku, tak tahan rasanya menadahkan wajah untuk tatapan Hafez. Aku pejamkan mata. Betulkah tindakan aku tadi? Ah Hafez, kenapa dia diam pula say something will you.. aku kepam bibir, setelah agak lama ruang sunyi terbentuk antara kami. Aku buka mata aku dan alangkah terkejutnya aku apabila Hafez tiada ditempat duduknya.. Aik mana pulak perginya.

“Hei.. takut pulak bila kita bagi dia peluang” aku bersuara perlahan, rasa sebal mula terbit perlahan dalam hati aku.

“Siapa takut..” bulat mata aku bila terdengar suara Hafez dibelakang aku. Alamak aku ingat dia dah lari.

“Fez bukan lelaki pengecut Anna..” dia duduk semula dikerusinya. Aku tundukkan wajah. Malunyeeee.

“Sudi tak sekiranya Anna menjadi suri hidup Fez selama-lamanya...” bisik Hafez romantik berserta senyuman yang tak lekang di bibirnya dan dia menghulurkan kotak baldu berwarna biru kepada aku. Aku membuka kotak itu dan didalamnya ada sebentuk cincin bertakhta berlian. Sungguh cantik. Aku terkejut dan termangu seketika.

“Biar betul nie, mimpi ker?“ kataku terkejut. Dia tersenyum.

“Oooii.. Cik Putri Adriana ini realiti bukannya mimpilah. Sebenarnya dah lama Fez suka dekat Anna. Cuma Anna saje yang tak perasan. Makin dipendam perasan Fez nie makin hati Fez terseksa jadi malam ini Fez buat keputusan untuk melamar Anna” katanya.

“Tapi Anna rasa tak cukuplah Fez saje yang suka dekat Anna macam mana pula dengan family Fez…boleh ker mereka semua terima Anna.. ” aku membina soalan menduga.

“Tu Anna jangan risau papa dan mama Fez pun memang suka dekat Anna dan mereka pun memang memberi sokongan Fez pilih Anna…sebab dia orang kata masa Fez belajar di overseas dulu Anna selalu jenguk mereka.. ” Wah-wah bersungguh-sungguh dia buat penerangan. Aku hanya mampu menjadi pendengar aje.

“Untuk pengetahuan Anna pakcik Fez pun turut memberi sokongan untuk memilih Anna dan dia kata memanglah sesuai sangat jadikan Anna ini Puan Arkitek bukannya sebagai Personal Assistant saja tau..” dalam nada mengusik.

“Pakcik? Anna kenal dia ker” tanyaku kehairanan.

“Alah, takan lah tak kenal Encik Muadz, dialah pakcik Fez. Dialah yang banyak membantu Fez untuk perhatikan dan memikat Anna...” jelasnya.

Sekarang ini barulah aku perasan, padanlah Encik Muadz macam tahu aje hubungan aku dengan Hafez dingin dulu dan selalu ambil berat pasal aku rupanya dia jadi spy anak buah dia.

“Kalau macam tu bagilah Anna waktu untuk berfikir dulu Fez, nanti baru boleh beri keputusannya” kataku.

“Baiklah…tapi janganlah fikir lama-lama sangat Fez dah lama menunggu ini nanti melepas pulak..hahaha..” katanya. Sempat jugaklah dia buat lawak. Kalau boleh memang aku nak jerit aje dengan kata YA tapi nampak sangat gatalnya.

Hanya hati aku saja berbisik “Kau tercipta untuk ku.. memang sudah lama aku menunggu saat ini”. Aku saja biarkan dia menunggu keputusan aku padahal dalam hati ini memang dah ada jawapannya tapi saja aje aku nak biarkan dia tertunggu-tunggu dengan jawapan aku tu.

No comments:

Post a Comment

Jat da da da